Sunday, December 20, 2009

Methodist muncul juara Futsal 1Malaysia Bawah 15 Tahun

Ahad, 20 Disember 2009: Pasukan Bola Sepak SMK. Methodist sekali lagi muncul sebagai juara dalam pertandingan Futsal Satu Malaysia Bawah 15 anjuran RT Kpg. Muhibah, Sungai Siput. Dalam pertandingan tersebut secara rasminya, pasukan Methodist menghantar 2 pasukan iaitu Bawah 14 A dan Bawah 14 B. Walaupun kejohanan tersebut adalah bagi bawah 15 tahun tetapi disebabkan pemain-pemain dari Tingkatan 3 masing-masing membuat pasukan sendiri, jadi terpaksalah menghantar pasukan dari Tingkatan dua sahaja. Namun begitu kedua-dua pasukan iaitu Methodist B14 A dan Methodist B14 B telah berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir. Akhirnya pasukan Methodist B14 A telah muncul sebagai juara dengan mengalahkan pasukan Glacticus dari STAMAA dengan jaringan 3-2.
Gambar-gambar akan menyusul pada masa kan datang.

Thursday, December 17, 2009

Keputusan Terkini EPL

Untuk mengetahui keputusan terkini EPL, boleh link pada bahagian pautan di bawah

Emas Bola Sepak Sukan Sea 2009


Pemain dan pegawai skuad bola sepak negara meraikan kejayaan manis bersama pingat emas yang terkalung di leher masing-masing selepas menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Kompleks Nasional Laos dekat Vientiane, semalam. –


Tahniah - Malaysia merangkul Pingat Emas Setelah 20 Tahun Menanti

VIENTIANE, Laos - Selepas menanti selama 20 tahun, akhirnya pingat emas acara bola sepak Sukan SEA kembali berada dalam genggaman Malaysia.

Skuad negara kendalian K. Rajagobal mengakhiri kemarau selama 20 tahun itu apabila berjaya membenam Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional.

Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup buat barisan muda negara melakar sejarah penuh gemilang di bumi Laos, sekali gus membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas ke-40 semalam.

"Selepas kita menanti 20 tahun, kini anak-anak buah saya sudah mengembalikan semula pingat emas acara bola sepak Sukan SEA buat Malaysia. Kami sememangnya berhak meraih untuk pingat emas ini.

"Selama ini, kita menunggu untuk bergelar juara Sukan SEA dan akhirnya para pemain saya telah merealisasikan impian seluruh peminat bola sepak Malaysia. Saya harap, dengan kejayaan ini, ia akan kembali mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia," kata Rajagobal.

Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 3-1. Pada Sukan SEA 2001 juga di Kuala Lumpur, skuad negara turut melangkah ke final, namun tewas 0-1 kepada Thailand.

Mengulas lanjut kejayaan anak-anak buahnya mengulangi pencapaian pada Sukan SEA 1989, Rajagobal berkata, kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan menjadi antara kunci utama mereka ditabalkan selaku juara pada temasya kali ini.