Saturday, October 31, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH
BAWAH 15 TAHUN
(PROGRAM SELEPAS PMR)

TARIKH : 17-19 NOVEMBER 2009
MASA : MULAI 8.00 PAGI

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh pelajar-pelajar berumur
15 tahun ke bawah iaitu pelajar-pelajar Tingkatan 3, 2 dan 1.
2. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan 9 orang pemain iaitu 7 orang
bermain dan 2 orang lagi simpanan.
3. Kejohanan ini hanya untuk pelajar-pelajar SMK. Methodist sahaja.
4. Permainan dijalankan secara liga pada peringkat awal.
5. Masa permainan adalah 7 minit bagi setiap separuh masa.
6. Dalam peringkat kalah mati, jika berlaku seri, 3 tendangan penalti akan
diberikan dan jika masih lagi seri, tendangan penalti `sudden death` akan
diberikan. Jika kesemua pemain sudah mengambil tendangan, tetapi keputusan
masih lagi seri, lambungan syiling akan dilakukan.
7. Pasukan yang layak ke peringkat kalah mati akan ditentukan melalui mata
yang dipungut. Jika seri akan dilihat pada perbezaan gol, jika seri lagi
akan dilihat jumlah gol yang dijaringkan. Jika masih lagi seri akan dilihat
pula kepada siapa yang menang dalam pertemuan kedua-dua pasukan. Jika seri
lagi akan ditentukan melalui tendangan penalti.
8. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata dan seri 1 mata
9. Sila isikan nama yang penuh dengan ejaan yang betul dan jelas pada borang
penyertaan.
10. Tarikh akhir menghantar borang ialah pada 16 Nov. jam 01.30 tgh. Undian akan
dilakukan pada 16 November jam 5.00 petang di padang sekolah.
11. Nama pasukan hendaklah nama yang menbawa maksud yang baik dan bukan nama
yang merapu-rapu.
12. Pemain yang bergaduh akan menyebabkan pasukannya dikeluarkan dari
pertandingan.
13. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM15.00.
15. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan yang tidak berasas
tidak akan dilayan.

Friday, October 30, 2009

Gambar Kenangan Juara Futsal Tani 2008

Gambar kenangan pasukan Futsal SMK. Methodist, Sg. Siput yang menjadi juara dalam Kejohanan Futsal Tani Negeri Perak 2008
Berdiri dari kiri,
Coach En. Zamziba, Amirul Aizat, Feroz Khan, Linkeswaran, Kuganeswaran dan abangnya
Duduk dari kiri,
Puganeswaran, Vicneswaran, Yazid Darwis dan Kishendran

Methodist Sg. Siput Juara Futsal Tani 2008